Assalamualaikum 
				wm. Wb dan salam sejahtera 
				Rakan-rakan pendidik dan staf yang dimuliakan
				Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 
				(1), Muar, Johor adalah merupakan wadah untuk kita melaksanakan 
				amal ibadah, tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan 
				Negara tercinta. Dewasa ini SKSAB(1) adalah merupakan wakil 
				organisasi kerajaan yang memberikan kita rezeki untuk 
				membahagiakan kehidupan rumah tangga. Itulah realiti yang kita 
				akui selama ini. 
				Sebagai warga pendidik dan staf 
				SKSAB(1) tugas kita sentiasa mencabar pada setiap tahun dan 
				sepanjang masa, sesuai dengan status di antara sekolah cemerlang 
				di peringkat daerah dan negeri. Visi untuk kita menjadi 
				sekolah terbilang kurikulum pada tahun 2009, menjadi 
				azimat ketika kita melaksanakan tugas di dalam dan di luar bilik 
				darjah. Pastinya kita perlu lebih dedikasi, lebih proaktif dan 
				lebih kreatif untuk melaksanakan tugasan dengan berkesan dan 
				berkualiti supaya berjaya menghasilkan kegemilangan akademik dan 
				kokurikulum anak-anak didik sekolah kita. 
				Tema SKSAB(1) tahun 2009 KE 
				DESTINASI GEMILANG (Akhlak cemerlang, Kokurikulum gemilang dan 
				akademik terbilang), adalah untuk menyokong pencalonan 
				sekolah kita sebagai SEKOLAH CEMERLANG DAERAH MUAR DAN 
				NEGERI JOHOR. Proses penambahbaikan untuk memperbaiki 
				kelemahan, memperkemaskan dokumentasi serta maklumat dan 
				mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam semua bidang adalah 
				tanggungjawab bersama pasukan SKSAB(1).   
				Resepi kejayaan telah dinyatakan 
				dalam MISI SKSAB(1) iaitu 'Berusaha mendidik 
				dan membimbing murid-murid untuk mencapai kecemerlangan ilmu, 
				potensi dan sahsiah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
				melalui pendekatan bersepadu, berkualiti dan harmoni'. 
				Setiap warga SKSAB(1) hendaklah sentiasa menyumbang idea, masa 
				dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersatupadu, 
				sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerja sama, sama-sama susah 
				dan sama-sama gembira. Nilai SKSAB(1) (Sentiasa Akrab 
				Bersatupadu) sentiasa menjadi amalan kita. 
				InsyaALLAH, semoga Tuhan 
				memberikan petunjuk-Nya kepada kita semasa melaksanakan 
				tanggungjawab dan amanah ini serta memberikan amal ibadah kita 
				di SKSAB(1) ini. 
		
		Ikhlas, 
		
		PN. ZAHARAH BT. MD TOP 
		Guru Besar, 
		Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1),  
		Muar. 
		   |