Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.
Pendidikan di sekolah adalah satu usaha bersama di kalangan guru-guru,
pekerja dan pelajar bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Bahawa kami pelajar di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Jalan Junid 84000 Muar, Johor, Malaysia
Pejabat Am: Tel: 606-9521350 | Faks: 606-9521350
1 orang murid mendapat 6A dalam UPSR 2018
Tahniah kepada murid yang mendapat 6A dalam
UPSR 2018
Link ke Analisa Keputusan UPSR 2018