Best view by Mozilla Firefox 20.x and above, with resolution 1024x768
Copyright © 2008-2024 All Rights Reserved. SK Sultan Abu Bakar (1), Jalan Junid 84000 Muar, Johor, Malaysia.
jbb5033@sksab1.com
Dibina dan disenggara oleh SKSAB1
Suite 101, 1220 West Market Street
Wilmington, Delaware  U.S.A. 19901
Tel: 1-302-123-7777
SELAMAT DATANG 
Welcome to our website
 
 
UCAPAN GURU BESAR SEKOLAH...
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
Jalan Junid 84000 Muar, Johor, Malaysia
Pejabat Am: Tel: 606-9521350 | Faks: 606-9521350
Emel: jbb5033@gmail.com | jbb5033@sksab1.com | jbb5033@moe.edu.my
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1)

PN. ROHAIZAH BINTI ABDULLAH


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1)
Muar, Johor.

Assalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada  Allah Subhana Wataallah  kerana dengan taufik dan hidayahnya saya dapat mencoretkan sesuatu di ruangan kata-kata aluan dalam Laman Web Rasmi Sekolah. Tahniah dan terima kasih atas komitmen semua  warga SK Sultan Abu Bakar (1) dalam mewarnai lanskap pendidikan selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Setiap warga sekolah hendaklah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah serta berusaha untuk merealisasikannya demi kecemerlangan  wawasan pendidikan dan memastikan anak-anak didik kita menerima ilmu yang disampaikan sama ada di dalam darjah, di luar bilik darjah atau di mana saja program yang dijalankan.
Guru dan sekolah yang berkesan perlu mengamalkan pemikiran kreatif dan tindakan inovatif bagi menjadikan sesebuah organisasi sentiasa hidup dan berkembang maju. Tadbir urus yang baik adalah bergantung kepada kewibawaan dan kegigihan sesebuah organisasi. Organisasi yang berkesan akan memberi impak yang positif kepada produk yang dihasilkan.

Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) sudah pasti memiliki guru-guru yang cukup resepi kecemerlangan, effisen, berwawasan serta mempunyai hubungan yang baik  serta networking yang mantap dengan warga sekolah dan komuniti. Gerak kerja yang lebih berfokus, konsisten dan jitu menyambut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Sebagai nadi bagi tranformasi pendidikan negara, pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah perlu diurus dengan berkesan agar potensi anak-anak dapat dibangunkan mengikut kecenderungan mereka. Guru-guru perlu memberikan lebih tumpuan terhadap perkembangan potensi murid-murid untuk sekurang-kurangnya melepasi tahap minimum dan bukan lagi kecemerlangan peperiksaan bagi melahirkan generasi untuk keperluan masa hadapan.

Segala perancangan yang dimuatkan dalam buku pengurusan hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin secara proaktif dan kreatif.  Sekiranya jika ia tidak dapat dilaksanakan, ianya hendaklah di buat penambahbaikan di mana yang perlu, asalkan sahaja ianya tidak lari daripada matlamat asal. Saya berharap di dalam melaksanakan program-program,  komitmen semua pihak adalah dituntut untuk menjayakannya demi kecemerlangan puteri-puteri SAB (1)  dan guru serta sekolah khasnya.

Harapan saya semoga warga pendidik sekolah ini dapat seiring mempertingkatkan lagi prestasi dari Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP), Prasekolah hingga ke tahun 6 dengan lebih gemilang. Bersedialah menghadapi dan menerajui perubahan dengan tekad menjadikan murid-murid sebagai aset kebanggaan negara kelak.
Sekian terima kasih.

#demi memartabatkan dunia pendidikan
#Sentiasa terbaik
Masa Operasi: Ahad - Rabu 8.00 pg - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg
                       Khamis 8.00 pg - 1.00 ptg.  2.00 ptg - 3.00 ptg
                       Jumaat & Sabtu Cuti